Bengkel ini memperkenalkan pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) oleh Albert Ellis yang menekankan bahawa perubahan pemikiran tidak rasional merupakan kunci dalam mengurus emosi dan tingkah laku bermasalah.
Peserta akan didedahkan dengan Model ABC, teknik disputation (pertikaian kepercayaan negatif), dan aplikasi REBT dalam pelbagai kes seperti stres, kemurungan, dan kemarahan. Melalui latihan praktikal dan simulasi kes, peserta dibimbing untuk mengaplikasikan REBT secara berkesan dalam sesi kaunseling.
Memahami asas teori dan falsafah REBT.
Menguasai Model ABC sebagai kerangka memahami tingkah laku.
Melatih kemahiran disputation dalam menangani pemikiran tidak rasional.
Mengaplikasikan REBT dalam kes stres, kemurungan, dan kemarahan.
Meningkatkan kecekapan sebagai kaunselor/pendidik/pendamping dalam mengurus klien.
Kaunselor
Psikologis
Guru Bimbingan & Kaunseling
Mahasiswa Psikologi/Kaunseling
Individu yang berminat dengan intervensi psikologi
Teori asas REBT (Albert Ellis)
Model ABC dan aplikasinya
Teknik disputation (logikal, empirikal, pragmatik)
Aplikasi REBT dalam kes sebenar
Latihan praktikal dan role play
Masa | Slot / Aktiviti |
---|---|
09:30 – 09:45 | Ucapan aluan, taklimat program & Ice Breaking |
09:45 – 10:30 | Teori REBT: Sejarah, Prinsip Asas & Falsafah |
10:30 – 11:15 | Model ABC & Hubungan Pemikiran, Emosi dan Tingkah Laku |
11:15 – 11:30 | Rehat |
11:30 – 12:15 | Teknik Disputation: Logikal, Empirikal, Pragmatik |
12:15 – 12:50 | Latihan Praktikal & Simulasi Kes (Stres, Kemurungan, Kemarahan) |
12:50 – 01:00 | Rumusan, Refleksi & Penutup |
Nama Program: Bengkel Teori & Latihan Praktikal REBT
Tempoh: 1 Hari (3 Jam 30 Minit)
Kaedah: Ceramah interaktif, Latihan praktikal, Simulasi kes
Hasil Pembelajaran (LO) | Aktiviti / Kaedah | Evidens / Penilaian | Masa |
---|---|---|---|
LO1: Peserta memahami asas teori dan falsafah REBT | Syarahan interaktif + Q&A | Soalan lisan, kuiz ringkas | 09:45–10:30 |
LO2: Peserta dapat menjelaskan Model ABC dalam memahami tingkah laku | Ceramah + perbincangan kes | Laporan ringkas | 10:30–11:15 |
LO3: Peserta menguasai teknik disputation untuk mencabar pemikiran tidak rasional | Demonstrasi + latihan pasangan | Simulasi ringkas | 11:30–12:15 |
LO4: Peserta dapat mengaplikasikan REBT dalam kes stres, kemurungan & kemarahan | Latihan praktikal, simulasi kes | Penilaian role play oleh fasilitator | 12:15–12:50 |
LO5: Peserta menunjukkan refleksi peribadi terhadap aplikasi REBT dalam kerjaya/kaunseling | Refleksi bertulis + diskusi kumpulan kecil | Nota refleksi | 12:50–01:00 |
Ahli PEKA: RM 30
Bukan Ahli: RM 40
Yuran merangkumi: Bahan Pembelajaran, Esijil (1 Mata CPD LKM), Rakaman Kelas & Ebook Modul
📱 WhatsApp: +60 148327 327
📧 Email: [email protected]